Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.
Apabila
Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear
satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit
dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun
menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."
Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."
Sampai
di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun
ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning,
merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya.
Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"
"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.
Setelah
setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk
membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun
pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis
terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?"
tanya polis.
"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."
No comments:
Post a Comment