Jana Pendapatan

Friday, 25 October 2013

Jenazah Norazita Selamat Disemadikan Malam Tadi

 
Jenazah Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam rompakan di Ambank di USJ semalam, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Itam Labu, Tronoh Mines kira-kira jam 7.30 malam tadi.
Jenazah Allahyarham sebelum itu tiba di rumah keluarganya kira-kira jam 6.55 petang untuk memberi peluang kepada ahli keluarga dan penduduk kampung menziarahi jenazah dan dibawa ke tanah perkuburan kira-kira 20 minit kemudian.
SAMBUNG BACAAN.....


Wednesday, 23 October 2013

Liga Juara-Juara Juventus hadapi tugas sukar di Real

GANDINGAN DUA PEMAIN PALING MAHAL DI DUNIA: Real Madrid berbelanja besar dengan menggandingkan Gareth Bale (kiri) dengan Cristiano Ronaldo, yang kededuanya bernilai hampir 200 juta euro, untuk merebut mahkota kejuaraan elit Eropah, Liga Juara-Juara ke-10-nya.
 
MADRID: Juara Italy, Juventus, menghadapi tugas sukar apabila berdepan dengan Real Madrid di Stadium Santiago Bernabeu dinihari esok bagi mencerahkan semula peluang mereka dalam pertandingan Liga Juara-Juara.
Juventus hanya mampu mencatat keputusan seri yang mengecewakan ketika bertemu FC Copenhagen dan Galatasaray dalam dua perlawanan awal mereka dan berada di tangga kedua Kumpulan B, empat mata di belakang Real.
Keyakinan pemain Juventus menjelang perlawanan genting itu, bagaimanapun, menerima tamparan apabila mereka mengalami kekalahan pertama musim ini, tewas 4-2 di tangan Fiorentina Ahad lalu.
Namun, kaptennya, Gianluigi Buffon, bagaikan menjolok sarang tebuan apabila beliau mempersoal dasar pembelian pemain bertaraf bintang kelab gergasi Sepanyol itu.
Buffon, 35 tahun, yang pernah bermain di bawah bimbingan Carlo Ancelotti sewaktu jurulatih Real itu memimpin mereka bersama Juventus, membuat komen bahawa pembelian dua pemain termahal di dunia, Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo, yang kededuanya bernilai hampir 200 juta euro ($274 juta), tidak dapat menjamin kejayaan.
"Hakikatnya dalam bola sepak, tidak mencukupi untuk menang sahaja. Perancangan, keseimbangan dan sifat sabar adalah lebih baik. Adanya wang memang permulaan yang baik tetapi ia sendiri tidak mencukupi," kata Buffon kepada akhbar harian Sepanyol, Marca, kelmarin.
Real membelanjakan lebih 600 juta euro membeli pemain bagi tempoh lima tahun lalu dalam usaha memenangi mahkota Eropah ke-10-nya.
Perbelanjaan itu, menurut laporan Prime Time Sport Football Transfer Review bulan lalu, tiga kali lebih banyak daripada jumlah yang dibelanjakan Bayern Munich iaitu 227 juta euro.
Hanya Manchester City dapat menyaingi jumlah itu apabila ia mengeluarkan hampir 549 juta euro bagi membeli pemain.
Sementara itu di Munich, Jerman, pemain sayap Belanda, Arjen Robben, menggesa Bayern membuktikan kehebatan mereka selaku juara Eropah apabila berdepan dengan Viktoria Pilsen dari Republik Czech esok.
Selepas mencatat kemenangan memberangsangkan ke atas CSKA Moscow dan Manchester City, Bayern menduduki persada Kumpulan D.
Meskipun Bayern tidak menghadapi masalah mempamerkan permainan cemerlang ketika menentang kelab besar, ada kalanya pasukan itu terkial-kial juga apabila berdepan dengan kelab kerdil dalam Bundesliga Jerman.
SAMBUNG BACAAN...

Sunday, 20 October 2013

Suami muda lebih power kata Rina


 Rina
Kuala Lumpur: “Suami muda manja dan mengada-ngada, suami tua pula lebih romantik,” kata Rina, 49, wanita yang enam kali mendirikan rumah tangga, dengan suami keenamnya berusia lapan tahun lebih muda daripadanya.

Rina antara ribuan wanita di negara ini yang bersuamikan lelaki lebih muda. Untung nasib bahagia, tapi tidak kurang juga merana gara-gara bersuami muda.

Menurutnya, suami muda sentiasa mahukan layanan istimewa dari segi zahir atau batin berbanding lima suaminya yang terdahulu.

“Suami muda mengada-ngada dan mahu dilayan dengan pelbagai keistimewaan. Disebabkan saya lebih tua dan banyak pengalaman, dia mendambakan perhatian lebih.



“Namun tidak dinafikan, lelaki muda lebih ‘power’ dan layanan diberi sangat memuaskan kerana dia mahu membuktikan kehebatan apabila bersama,” katanya yang mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, empat tahun lalu.
SAMBUNG BACAAN...

HAIWAN PELIK DI DASARLAUT: Hyrdomedusa

Photo: A hydromedusa with tentacles waving

Sunday, 13 October 2013

TAUFAN NARI DI FILIPINA: 12 maut, empat masih hilang

TERKANDAS: Ramai terkandas setelah banjir melanda jalan-jalan utama di utara Filipina akibat Taufan Nari. - Foto AFP
MANILA: Taufan Nari melanda utara Filipina awal semalam dan menyebabkan 12 orang terbunuh dan lebih dua juta penduduk tanpa bekalan elektrik. Taufan Nari melanda kawasan pantai timur Filipina sekitar tengah malam (waktu tempatan) semalam dan menumbangkan pokok serta menerbangkan bumbung rumah sedang ia bergerak ke arah barat merentasi kawasan pertanian pulau utama Filipina, Luzon, kata pihak berkuasa.
Menurut Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana, sedang Taufan Nari bergerak ke kawasan pedalaman, sebuah tembok lumpur tumbang di berek polis dekat bandar Magalang, menyebabkan seorang pegawai polis yang menanti dikerahkan bagi operasi menyelamatkan mangsa taufan, terbunuh.
Seorang mangsa pula mati akibat terkena kejutan elektrik, sementara tiga lagi terkorban apabila pokok-pokok menghempap sebuah rumah dan kenderaan, kata Majlis itu.
Lapan lagi mangsa merupakan dua warga tua dan enam kanak-kanak yang lemas dalam banjir akibat taufan tersebut.
Taufan itu juga menyebabkan 37 bandar dan kota di kawasan tengah Luzon terputus bekalan elektrik.
Kakitangan jalan dan bekalan elektrik berusaha membersihkan jalan dan menymbung semula bekalan elektrik, tetapi menurut pegawai bencana wilayah Luzon, Encik Nigel Lontoc, ia mungkin mengambil masa sehingga dua hari sebelum bekalan elektrik dapat dikembalikan dan lebuh raya utama dibuka semula kepada lalulintas.
Sejumlah 2.1 juta penduduk kini tinggal di kawasan yang terputus bekalan elektrik.
Sementara itu, seramai empat orang, kesemuanya nelayan, telah dilaporkan hilang.
SAMBUNG BACAAN..

Saturday, 5 October 2013

300 pemohon suaka maut

DIBAWA KE DARATAN: Para pekerja penyelamat mengusung beg mayat daripada bot pengawal pantai dan menyusunnya di dermaga Lampedusa kelmarin.

Bot bawa warga Afrika menuju Eropah terbakar dan karam di perairan Italy
LAMPEDUSA (Italy): Sehingga 300 orang dikhuatiri terkorban apabila sebuah bot membawa warga Afrika yang ingin memohon suaka ke Eropah terbakar dan karam di perairan pulau selatan Italy, Lampedusa, kelmarin.
Bot nelayan itu dilaporkan membawa sehingga 500 penumpang.
Hanya 155 orang telah berjaya diselamatkan.
Di laut, kapal pengawal pantai Italy, bot nelayan tempatan dan helikopter meneruskan usaha mencari mangsa semalam.
Awal dari itu, kru penyelamat membawa berpuluh-puluh beg mayat pelbagai warna dari bot pengawal pantai dan menyusunnya di dermaga Lampedusa.
"Kebanyakan mereka tidak tahu berenang. Jadi, hanya mereka yang kuat yang terselamat," kata Cik Simona Moscarelli dari Pertubuhan Antarabangsa bagi Penghijrahan di Rome.
Sehingga kini, hanya tiga daripada 100 penumpang wanita yang berjaya diselamatkan dan tiada daripada 10 kanak-kanak selamat.
Kapal itu dilaporkan bertolak dari ibu kota Libya, Tripoli, untuk membawa warga dari Eritrea, Ghana dan Somalia, kata jurucakap pengawal pantai Italy, Encik Marco Di Milla.
"Yang paling sedih ialah melihat mayat kanak-kanak. Mereka tidak mempunyai peluang untuk diselamatkan. Mereka berhijrah untuk masa depan lebih baik tetapi harapan itu terkubur dengan sekelip mata.. Sepanjang tempoh saya bertugas di sini, saya tidak pernah melihat kejadian sedahsyat ini," kata seorang doktor, Encik Pietro Bartolo.
Para penumpang yang terselamat berkata mereka telah membakar selimut di atas bot mereka untuk menarik perhatian para pengawal pantai apabila bot mereka dinaiki air.
Namun, dakwa mereka, awal dari itu kapal-kapal nelayan yang lalu di situ tidak mengendahkan mereka.
Lampedusa merupakan salah satu laluan masuk ke Kesatuan Eropah (EU) bagi para pemohon suaka dari utara Afrika atau timur Mediterranean.
Mengulas, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, berharap bencana itu akan menjadi mangkin bagi meningkatkan usaha melindungi hak golongan pendatang tidak sah.
Sekitar 17,000 pendatang tidak sah dianggarkan telah terkorban di laut dalam perjalanan ke Eropah sepanjang 20 tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri Italy, Encik Angelino Alfano, menggesa agar lebih banyak bantuan diberikan oleh EU untuk menangani masalah kebanjiran pelarian, yang disifatkan sebagai "tragedi Eropah".
Sekitar 25,000 pendatang tidak sah telah mendarat di pantai-pantai Italy sepanjang tahun ini.
Jumlah ini tiga kali lebih tinggi berbanding jumlah keseluruhan pendatang yang mendarat pada 2012
SAMBUNG BACAAN

Busuk.com

Lain-lain bacaan