KESAN LETUPAN: Asap
berkepul-kepul dari tapak letupan di Yingze Steet di bandar Taiyuan, ibu
kota wilayah utara China, Shanxi, semalam. - Foto AP
Menurut pemerintah wilayah Shanxi dan pihak polis, letupan berlaku sekitar 7.40 pagi (waktu tempatan).
Kenyataan rasmi yang dimuat naik secara dalam talian itu tidak memberikan maklumat tentang siapa yang disasarkan atau siapa yang mengkin menjadi dalang kejadian.
Seorang pegawai pejabat propaganda parti, Encik Zhang Lei, juga mengatakan yang beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.
Salah seorang mangsa kejadian itu dilaporkan sebagai cedera serius dan dua kenderaan turut dilaporkan rosak.
Agensi berita rasmi Xinhua, menukil seorang saksi, Encik Liu Guoliang, sebagai berkata bahawa beliau melihat asap dan api dari sebuah van mini.
Agensi itu turut melaporkan salah seorang wartawannya melihat galas bebola besi bertaburan di sekitar tapak letupan.
Gambar-gambar dari tapak kejadian menunjukkan sebuah jalan lebar di depan bangunan ibu pejabat wilayah CCP ditutup, manakala kereta bomba, ambulans serta kenderaan polis diletakkan di kawasan itu.
Kejadian letupan itu mempunyai tanda-tanda serangan balas dendam oleh penduduk yang tidak berpuas hati - sesuatu yang kadangkala berlaku di China.
Sebelum ini, pernah berlaku kejadian di mana mereka yang tidak berpuas hati atau rasa teraniaya meletupkan bas awam, menikam pegawai atau menyerang sekolah. Bagaimanapun, pihak keselamatan China juga masih merasa ketegangan akibat serangan di Beijing minggu lalu.
Semasa serangan itu, tiga orang merempuh orang ramai di Dataran Tiananmen sebelum membakar kenderaan mereka. Serangan itu membunuh lima orang, termasuk mereka yang berada dalam kenderaan dan dua pelancong.
Pihak berkuasa menyalahkan puak pemisah ekstremis Muslim dari wilayah Xinjiang yang bergolak atas kejadian itu.
SAMBUNG BACAAN,,
No comments:
Post a Comment