Jana Pendapatan

Sunday, 1 December 2013

LIGA EROPAH: Tottenham kini dahului kumpulan

SAMBUNG BACAAN...


CUKUP MAKAN: Pemain Spurs, Andros Townsend (kiri), berjaya menendang bola sebelum dikacip oleh Ruben Kristiansen dari Tromso.

PARIS: Tottenham Hotspur menewaskan Tromso 2-0 dalam cuaca dingin dan bersalji di Norway untuk menjamin tempat pertama dalam Kumpulan K, Liga Eropah.
Kemenangan itu sekali gus meringankan tekanan ke atas pengurus Andre Villas-Boas selepas Spurs dibenam 6-0 oleh Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana England (EPL) hujung minggu lalu.
Sebaliknya, persembahan kurang memuaskan akan meningkatkan lagi tahap tidak kepuasan penonton yang mula hilang sabar dengan keupayaan Villas-Boas mengetuai Spurs musim ini.
Seperti yang dijangkakan, Villas-Boas membuat banyak perubahan dalam pasukannya. Hanya Michael Dawson dan Roberto Soldado yang kekal daripada pasukan yang dibenam City.
Tidak hairanlah, Spurs memulakan permainan dengan berhati-hati dan perlu menanti sehingga minit ke-63 untuk membuka jaringan di stadium Alfheim itu - melalui satu gol jaringan sendiri oleh Adnan Causevic.
Selang 10 minit, kelab London itu kemudian menggandakan kelebihan mereka melalui Mousa Dembele, yang menyempurnakan kemas umpanan Gylfi Sigurdsson dalam kotak penalti.
Satu lagi sepakan Dembele turut terkena tiang, tetapi Spurs menentukan rekod tanpa kalahnya dalam Liga Eropah terjamin pada wisel penamat.
Kemenangan itu, walaupun dicapai dalam keadaan hambar, sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan pasukan sebelum perlawanan genting EPL menentang Manchester United hujung minggu ini, kata Villas-Boas.
"Adalah penting untuk kami menang semula... ia salah satu yang kami bincangkan semasa di London.
"Kami tahu tentang keadaan permainan dan cuaca di sini, tetapi para pemain telah bekerja keras untuk mendapat keputusan yang diidamkan dan kini kami bersedia menentang United," kata Villas-Boas lagi.
Sementara itu, Swansea City bak jatuh ditimpa tangga.
Ia bukan sahaja tewas 1-0 kepada Valencia di tempat sendiri, malah penyerangnya Wilfried Bony dijangka tidak dapat bermain selama tiga minggu selepas mengalami kecederaan hamstring dalam perlawanan itu.
Malah, Swansea turut berasa hampa selepas gol jaringan Alvaro Vazquez sejurus sebelum masa rehat tidak dibenarkan oleh referi.
Dani Parejo menjaringkan gol sulung perlawanan dalam separuh masa pertama.
Kekalahan itu bermakna Swansea gagal mengutip satu mata yang akan menjamin kelayakan mereka dari kumpulan A.
Valencia telah pun melayakkan diri ke pusingan selanjutnya.
Perlawanan pertama dalam kumpulan itu menyaksikan Kuban Krasnodar menewaskan St Gallen 4-0 - bermakna kelab Rusia itu boleh meloncat mengatasi Swansea jika menang dalam perlawanan terakhir mereka.
SAMBUNG BACAAN..

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan