Jana Pendapatan

Saturday, 27 July 2013

Chelsea belasah Indonesia All Stars

BELANG SEBENAR: Pemain Chelsea, Ramires (kiri), berebut bola daripada pemain Indonesia All Stars, Ahmad Bustomi, dalam perlawanan persahabatan mereka di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, kelmarin. Chelsea menang 8-1. - Foto AP
PERSAHABATAN


JAKARTA: Chelsea mempamerkan belang sebenar apabila membelasah Indonesia All-Stars 8-1 dalam aksi Jelajah Asia.
Ramirez dan Romero Lukaku masing-masing menjaringkan dua gol manakala Eden Hazard, Demba Ba, John Terry dan Bertrand Traore pula menjaringkan satu gol seorang.
Indonesia mendapat gol tunggal daripada jaringan pemain Chelsea sendiri, Tomas Kalas.
Sejumlah besar peminat Chelsea yang datang melihat pasukan kesayangan mereka meraikan pesta gol hasil jaringan-jaringan cantik.
Chelsea mengakhiri lawatannya ke Asia kali ini dengan hasil memuaskan dalam stadium yang dipenuhi penonton dalam penampilan pertama mereka di Indonesia.
Pengendali Chelsea, Jose Mourinho, memuji kelakonan anak didiknya dan akur berpuas hati dengan penampilannya menyusuli kemenangan besar di Indonesia itu.
Namanya di nyanyi dan dilaung-laungkan oleh peminatnya di stadium bersama-sama dengan nama-nama pemain lain.
"Kami kagum melihat penonton begitu ghairah. Ia menjadi tanda bahawa bola sepak dan Chelsea telah berkembang."
Menurut Mourinho, terdapat perbezaan nyata antara kedua-dua pasukan.
Ia merupakan pertandingan antara para pemain terbaik di Eropah dengan pasukan yang kurang berpengalaman.
"Hasil akhirnya bukanlah hal terpenting. Tetapi saya gembira dengan sikap para pemain saya. Mereka selalu cuba mencipta gol dan memenangi hati penonton," ujar Mourinho.
Berhubung John Terry yang bermain di setiap pertandingan, dan Frank Lampard yang tidak diturunkan malam kelmarin, Mourinho berkata:
"Terry bermain dengan baik dan berlatih sesungguhnya. Beliau belum pernah terlambat seminit pun dalam semua sesi latihan.
"Ini penting sekali kerana kami berlatih sangat keras selama 15 hari dan ada ketikanya dalam beberapa hari turut menjalani dua sesi.
"Setiap 45 minit Terry diturunkan, beliau bermain dengan baik dan saya sangat senang dengannya," ujar Mourinho.
Menyentuh mengenai Fernando Torres pula, Mourinho berkata Torres harus bersaing dalam merebut posisi utama.
Hal itu terlihat hasil aksi gemilang yang ditunjukkan Romelu Lukaku.
"Persaingan ini bagus bagi semua pemain. Pada musim sebelumnya, Torres menjadi satu-satunya penyerang. Kemudian, Demba Ba pada Januari, dan kini kami memiliki tiga penyerang (dengan kembalinya Romelu Lukaku). Ini keadaan yang baik bagi pasukan," ujar Mourinho.
Persaingan bakal tambah sengit jika Chelsea berhasil mendapatkan striker Manchester United, Wayne Rooney.
Minggu lalu, kelab Inggeris itu memperoleh kemenangan kedua dalam Siri Jelajah Asia 2013 apabila The Blues menewaskan pasukan Malaysia kendalian Datuk K. Rajagobal 4-1 dalam pertemuan di Stadium Shah Alam

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan