Jana Pendapatan

Monday, 29 July 2013

Format rundingan Palestin-Israel bertentangan

BANTAH RUNDINGAN: Polis Palestin bertelagah dengan pembantah yang menentang rundingan antara Palestin dengan Israel, sedang mereka berarak ke arah ibu pejabat Presiden Mahmoud Abbas, di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin. - Foto AFP
RUNDINGAN DAMAI TIMUR TENGAH


BAITULMAKDIS/RAMALLAH (Tebing Barat): Para pegawai Israel dan Palestin semalam mengutarakan format yang saling bertentangan bagi memulakan semula rundingan damai secara langsung antara kedua-dua pihak itu di Washington yang terhenti hampir tiga tahun lalu.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik John Kerry, menemukan para perunding Israel dan Palestin itu lewat malam tadi dan hari ini bagi memulakan semula rundingan damai yang terhenti pada September 2010 itu.
Ia berhubung kawasan tanah petempatan Israel yang ingin rakyat Palestin jadikan sebagai sebahagian negara mereka sendiri.
Usaha masa lalu untuk menyelesaikan konflik berdekad lamanya itu tertumpu pada mengelakkan kebuntuan dan risiko keganasan.
Ia lebih pada menangani pertikaian yang lebih mudah diatasi dan menangguhkan isu emosi seperti masa depan Baitulmakdis dan pelarian Palestin.
Kali ini, "semua isu yang dianggap penting bagi satu perjanjian yang berkekalan akan dirunding secara serentak", kata Encik Silvan Shalom, salah seorang anggota kabinet Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dan Parti Likud, kepada stesen Radio Tentera Israel.
Rakyat Palestin pula, dengan sokongan masyarakat antarabangsa, mahu negara mereka mempunyai sempadan yang berhampiran dengan sempadan kawasan Tebing Barat, Baitulmakdis Timur dan Jaluran Gaza, yang dirampas Israel semasa perang Timur Tengah 1967.
Encik Yasser Abed Rabbo, pegawai tinggi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang menaungi Presiden Mahmoud Abbas, berkata surat undangan Amerika untuk berunding di Washington itu tidak mengkhususkan pertikaian yang mahu dibincangkan.
Namun, Encik Abed Rabbo memberitahu stesen radio Voice of Palestine bahawa rundingan itu "akan bermula, secara prinsip, mengenai isu sempadan dan keselamatan".

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan