Jana Pendapatan

Thursday 15 August 2013

30 maut bila polis Mesir, pembantah bertempur


KAHIRAH: Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh semalam apabila polisbertindak menyuraikan pembantah dari dua perkhemahan besar yang dibina di Kahirah oleh penyokong Encik Mohamed Mursi, presiden Mesir yang digulingkan pada 3 Julai lalu.
Seorang wartawan kanan agensi berita AFP yang menghitung jumlah mayat di sebuah bilik mayat sementara di khemah Rabaa al-Adawiya berkata kebanyakannya maut akibat tembakan.
Kementerian dalam negeri Mesir pula berkata dua anggota pasukan keselamatan turut terbunuh dalam operasi itu.
Kumpulan Persaudaraan Islam (Ikhwan) yang berpihak kepada Encik Mursi telah menggesa agar ribuan rakyat Mesir membantah di jalanan mengutuk "pembunuhan beramai-ramai" itu.
"Ini bukan satu usaha menyuraikan tetapi satu tindakan berdarah bagi menghancurkan semua suara penentangan terhadap rampasan kuasa tentera," kata jurucakap Ikhwan, Encik Gehad al-Haddad, melalui laman Twitter.
Khemah bantahan Rabaa al-Adawiya itu, di mana beberapa pemimpin Ikhwan turut menginap, "sedang menggesa rakyat Mesir keluar ke jalan raya bagi menghentikan pembunuhan beramai-ramai itu", kata Encik Haddad.
Pertempuran sengit berlaku di satu bahagian kawasan perkhemahan protes Rabaa al-Adawiya itu, sedang bunyi tembakan automatik jelas kedengaran.
Pasukan keselamatan Mesir mengepung khemah itu pada awal pagi dan melancarkan gas pemedih mata sedang ribuan pembantah pro-Mursi mengingkari arahan pihak berkuasa menamatkan protes mereka.
Para saksi bercakap tentang bunyi tembakan tetapi tidak dapat berkata siapa yang melakukannya.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan