Jana Pendapatan

Friday 23 August 2013

PBB selar serangan senjata kimia di Syria

CARI BUKTI: Para aktivis yang memakai topeng gas memasukkan seekor kucing yang sudah mati dalam beg, sedang mereka mengumpulkan sampel untuk menyiasat penggunaan senjata kimia di kawasan Zamalka, kelmarin. - Foto REUTERS

DAMSYIK: Penggunaan senjata kimia di Syria merupakan satu "jenayah terhadap kemanusiaan", kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Ban Ki-moon, semalam.
Sehubungan dengan itu, beliau menggesa agar siasatan dijalankan segera terhadap kejadian pembunuhan besar-besaran menggunakan gas saraf sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,300 kematian.
Serangan pada Rabu lalu itu dipercayai dilakukan ketika penduduk sedang tidur dan kebanyakan mangsa terdiri daripada wanita, kanak-kanak dan bayi.
Menurut kumpulan aktivis, pasukan tentera Syria melancarkan roket yang dilengkapi dengan gas saraf ke beberapa kawasan pinggir bandar termasuk Ain Tarma, Zamalka dan Jobar di Ghouta.
Kesemua mayat mangsa mengalami tanda-tanda terkena gas beracun itu iaitu salur darah mengembang, kaki sejuk dan mulut berbuih.
"Sebarang penggunaan senjata kimia di mana saja, oleh sesiapa pun, di bawah apa keadaan sekali pun, adalah salah di bawah undang-undang antarabangsa. Pelaku jenayah terhadap kemanusiaan ini harus dikenakan hukuman berat," kata Encik Ban.
Beliau menyifatkan laporan mengenai kejadian itu sebagai "sangat mengejutkan" dan menggesa pemerintah Syria membenarkan merinyu PBB, yang sudah pun berada di negara itu memulakan siasatan dengan segera.
Encik Ban sudah memutuskan menghantar duta PBB bagi ehwal pelucutan senjata, Cik Angela Kane, sebagai wakil badan dunia itu ke Damsyik untuk tujuan tersebut.
Pada lewat Julai lalu, Damsyik telah pun setuju untuk membenarkan pakar PBB untuk melawat tiga lokasi berhubung penggunaan senjata kimia dalam serangan di kawasan terbabit.
Damsyik telah menafikan penggunaan senjata kimia, terutamanya ketika merinyu PBB sudah pun berada di negara itu.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan