Jana Pendapatan

Thursday 1 August 2013

Dijel 165 tahun dera seks kanak-kanak

MIAMI: Seorang lelaki dari Michigan dijatuhi hukuman penjara 165 tahun oleh Mahkamah Miami semalam kerana ke Haiti dari Florida beberapa kali untuk melakukan penderaan seks ke atas puluhan kanak-kanak di rumah penjagaan yang diurusnya.
Juri mahkamah memutuskan Matthew Andrew Carter, 68 tahun, bersalah atas lima tuduhan kerana melakukan aktiviti seksual dengan kanak-kanak, termasuk cubaan mengendalikan pelancongan seks membabitkan kanak-kanak.
Carter telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada 2011.
Pada hari kedua keputusan penghakiman, Hakim Joan Lenard memerintahkan Carter dikenakan hukuman maksimum iaitu 15 tahun penjara bagi kesalahan pertama dan 30 tahun penjara bagi setiap tuduhan berikutnya.
Carter yang turut menggunakan nama 'William Charles Harcourt' dan 'Bill Carter,' menguruskan pusat penjagaan Morning Star Center di Croix-des-Bouquets dan di ibu negara, Port-au-Prince, sejak 1995.
Pihak pendakwa berkata tertuduh mensasarkan kanak-kanak miskin yang hidup gelandangan sebagai mangsa.
Beberapa bekas penghuni Morning Star yang dipanggil sebagai saksi perbicaraan memberitahu mahkamah tertuduh memaksa mereka mengadakan hubungan seks sebagai ganti untuk makanan, pakaian, patung permainan, tempat perlindungan dan kelas tuisyen ketika mereka masih kanak-kanak.
"Perbuatan Carter menyebabkan reputasi Amerika tercalar sebagai negara yang ikhlas memberi bantuan kepada golongan memerlukan," kata Hakim Lenard.
"Ingin saya nyatakan di sini kepada semua mangsa, saya sebagai warga Amerika, meminta maaf kepada anda. Ini bukan cara Amerika," tambah beliau.
Ribuan kanak-kanak hidup di rumah anak yatim atau pusat penjagaan di Haiti seperti Morning Star, meskipun salah seorang ibu bapa mereka masih hidup, akibat kemiskinan.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan