Jana Pendapatan

Tuesday 13 August 2013

KHASIAT MADU LEBAH

  
Madu lebah membekalkan karbohidrat dan memberi tenaga dalam bentuk kalori yang diperlukan oleh manusia kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi 80% daripada kandungan bahan keseluruhan madu lebah. Madu lebah lebih manis dari gula tebu. Walaupun peratus kandungan gula pada madu lebah adalah tinggi, madu lebah asli selamat dimakan oleh pesakit kencing manis dalam kuantiti yang sederhana kerana sifatnya yang rendah ‘indeks glycemia’ menyebabkan kandungan gula dalam darah lebih perlahan, mudah dicerna dan jika dibandingkan gula tebu, ia kurang menyebabkan kawalan gula dalam darah yang terlalu tinggi dan tidak terkawal. Walaubagaimanapun, pesakit kencing manis juga dinasihati supaya kerap melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk memastikan kandungan gula sentiasa terkawal untuk mengelakkan sebarang komplikasi.
Madu juga digunakan secara besar-besaran dalam proses pemulihan luka disebabkan beberapa kebaikan yang terdapat padanya secara semulajadi antaranya ciri-ciri anti-bakteria, anti-inflamasi dan anti-oksidan (anti-radikal bebas). Sifat anti-oksidan ini juga dipercayai membantu dalam keseimbangan nutrisi dan bermanfaat kepada kesihatan mereka yang mengamalkan madu secara rutin disamping menyah-toksinkan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit antaranya kanser.
Sifat semulajadi madu membantu proses penymbuhan  luka.

No comments:

Post a Comment

Busuk.com

Lain-lain bacaan